Menu Content/Inhalt
Home

Who's Online

Polls

How many times do you read Al-Quran?
 

Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Syndicate

Latest Events

Sorry, no events to display

EventListQ Calendar

<<  November 2008  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
       1  2
  3  4  5  6  7  8  9
10111213141516
17181920212223
24252627282930
Kuliah Dr Danial pada 31 August 2008
Written by zahrein   
Tuesday, 18 November 2008

 

 
DR Danial at Surau Kompleks Belia dan Sukan Sg Nibong
 
This interpretation are base on Kulliyah that I had attended. If its not correct , do correct it. Allah knows Best.
Date:  31st  of August 2008
 
Surah AT- Turr (Ayat 39-49)
 
[39]
Adilkah (kamu sediakan) bagi Allah - anak-anak perempuan (yang kamu benci), dan untuk kamu - anak-anak lelaki (yang kamu sukai)?
[40]
Pernahkah engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (mengenai ajaran Islam yang engkau sampaikan), lalu mereka merasa berat menanggung bayaran itu (sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)?
[41]
Adakah pada sisi mereka (Lauh Mahfuz yang mengandungi) perkara-perkara yang ghaib, lalu mereka menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatanmu)?
[42]
(Mereka tidak cukup dengan kata-kata dan tuduhan-tuduhan yang buruk sahaja) bahkan mereka hendak melakukan rancangan jahat (terhadapmu wahai Muhammad; tetapi mereka tidak akan berjaya) kerana orang-orang yang kafir itulah yang akan ditimpa balasan rancangan jahatnya.
[43]
(Apabila datangnya balasan rancangan jahat itu maka) adakah bagi mereka Tuhan (yang dapat menyelamatkan mereka) selain dari Allah? Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan itu.
[44]
Dan kiranya mereka melihat sepotong besar dari langit gugur (untuk menimpa mereka), mereka akan berkata: "(Itu adalah) awan yang bertompok - berlapis-lapis!"
[45]
(Kalau keingkaran dan kedegilan mereka sampai begitu sekali) maka biarkanlah mereka (wahai Muhammad, dan janganlah dihiraukan) sehingga mereka menemui hari yang padanya mereka akan binasa -
[46]
(Iaitu) hari segala rancangan jahat dan tipu daya mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah kepada mereka, dan mereka pula tidak diberikan pertolongan.
[47]
Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain dari azab yang tersebut, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
[48]
Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemuliharaan serta pengawasan Kami; dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu semasa engkau bangun.

 
[49]
Dan juga hendaklah engkau bertasbih kepadaNya pada waktu malam, dan ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh).
 
 
Pada ayat 40,menyatakan bahawa adakah pernah Rasulullah S.A.W meminta upah sehingga mereka dibebani hutang. Rasullullah S.A.W tidak pernah meminta sedikit upah pon. Kita perlu menangkis dakwaan mereka dengan ilmu pengetahuan mereka.
 
 
 
Pada ayat 41,   menyatakan bahawa adakah mereka mengetahui alam ghaib. Bahkan mereka tidak mengetahui apa yang akan terjadi pada esok hari. Xde sesiapun mengetahui alam ghaib. Hanya Allah sahajalah yang mengetahui alam ghaib.
 
Pada ayat 43, is menyatakan   bahawa adakah tuhan selain daripada Allah s.w.t. Allah suci dari sebarang sekutu.
 
 
Pada ayat 44, jika ada azab dari awan. Mereka akan berkata itu hanyalah awan yang berlapis-lapis. Allah murka pada kita kerana ia disebabkan diri sendiri. Kita kena selalu kaitakan kejadian alam dengan Allah S.W.T.
 
 
Pada ayat   45, Allah S.W.T meyuruh Rasullullah S.A.W membiarkan mereka yang berdusta. Kita tidak boleh berhenti berdakwah, hanya Allah yang memberi hidayah. Jangan ambil hati   apabila tidak terima naishat.
 
 Pada ayat 47, orang yang zalim akan beroleh azab   dari Allah S.W.T. Maksud Zalim ialah tidak kenal atau tidak letak tempat pada yang sepatutnya.   Ingatlah ada azab di dunia . Kita hendaklah berdakwah pada diri , keluarga dan masyarakat.
 
Dalam sebuah hadi Zainab bt Jasir meriwayatkan “ Adakah kita akan binasa ketika ada orang saleh? Rasulullah S.A.W menjawab ‘ Ya , semua akan kena bilamana kemungkaran berleluasa ‘ .
 
Ingatlah azab tak mengenal kasih . Dan kita kena mencegah kezaliman sebelum ia berlaku.
 
Pada ayat 48-49,kita dikehendaki bersabar dan bertasbih kepada Allah. Allah akan mengurniakan nikmat yang tak disangka-sangka.Hendaklah kita bertasbih di waktu malan dan pada waktu subuh. Wassalam
 
Kuliah Maghrib 30 August 2008
Written by zahrein   
Wednesday, 12 November 2008

 

Kuliah Maghrib
Tarikh: 30 August 2008
Tempat : Masjid Gelugor
Penceramah: Ustaz Ramadan Fitri
 
Ketakwaan melonjak rasa ghairah untuk melakukan ibadat kepada Allah S.W.T. Apabila kita tidak mempunyai takwa,kita   akan ghairah melakukan perkara yang tidak baik.
 
Tokoh mazhab maliki berkata “ Ilmu adalah pemimpin, amal soleh adalah penumpang”. Penambahan ilmu adalah keutamaan kita. Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. X sama!!.
 
 
Ilmu menambah rasa takut kepada Allah S.W.T. 2 Nikmat   yang harus kita hargai sekarang:
 
  1. Nikmat merdeka 31 ogos
  2. Nikmat Ramadan
 
Adakah nikmat yang kita perolehi, kita merasa bersyukur? Bulan Ramadan adalah sebuah nikmat yang tidak ternila harganya. Kita harus bersyukur dengan nikmat yang diberi.
 
Merdeka yang sebenar adalah mengajak manusia kepada shahadah. Kepada Allah sahjalah kita berpandukan hidup. Dr Yusof Al-Qardawi berkata “ Syirik yang besar adalah mengambil selain dari Allah”
 
Kita wajib mengikut undang-undang Allah s.w.t.
 
Dalam Syariah ada 3 perkara utama:
 
  1. Akidah
  2. Fekah ( Fahaman dan hukum hakam)
  3. Akhlak/adab
 
 Dalam kehidupan seharian kita, pinjaman dalam islam tidak mempunyai keuntungan. Berilah pinjaman dalam kaedah yang baik. APabila berniagam kita boleh mengambil untung. Keunggulan islam adalah kerana syariat islam begitu teguh.
 
Ingatlah pada masa dahulu, melaka dijajah disebabkan kekayaan. Dan melaka jatuh disebabkan agama. Ingatlah perjuangan silih berganti, daripada sejarah kita dapat tahu identity kita.
 
Pada masa kini,janganlah kita menangkap orang zalim sebagaimana orang yang ditahan dalam ISA. Kita hendaklah membicarakan orang yang tertuduh supaya ia mendapat keadilan. Walaupun kita merdeka, kita masih tak kenal  pejuang.
 
Pada masa kini kita telah diancam oleh globalization. Globalization dari segi media . Dan hiburan mewarnai kehidupan kita setiap masa.
 
Jika kita melihat sejarah, pada zaman keemasan Abassiyah yang terletak di kota Baghdad. Pada masa dahulu tamadun islam begitu dengan cemerlang.
 
Sejarah ringkas mengenai kota Baghdad:
 
1.Kepimpiman mesti dipimpin oleh orang yang berilmu bukan pemimpin jahil.
 2. Umat islam berpecah kerana berebut harta kekayaan.
3.Umat islam   dirasuk   budaya hiburan. Ada satu ketika kota Baghdad lupa solat raya haji kerana asyik dengan hiburan.
 
Ingatlah apabila kita lupa peringatan Allah, kita adalah insane yang   hina.
 
Di dalam Negara kita,   generasi muda telah musnah. Ia disebabkan oleh ibu-bapa itu sendiri. Sekarang orang bangga bila melakukan zina. Kita kena pikir ubat yang mujarab adalah ubat yang pahit.
 
Oleh yang demikian kita hendaklah mempunyai berdasarkan ilmu. Ingatlah tabiat dibentuk jika ia dilakukan dalam masa 20 hari. Nak membentuk tabiat, hendaklah dibentuk pada masa Ramadan. Wassalam.
 
Kuliah Subuh 23 August 2008
Written by zahrein   
Sunday, 09 November 2008

 

Kuliah Subuh
Tarikh:23 August 2008
Tempat : Masjid Gelugor
Penceramah: Ustaz Mohd Halim Hassan
 
Hadis 36
 
Hadis ke 36 adalah hadis   berkenaan iktikad/akidah orang islam. Oleh yang demikian kita hendaklah kita percaya pada alam ghaib. Kita kena mempercayai syurga, neraka dan alam ghaib. Kita kena percaya dari mana kita datang dang dari mana kalam Allah. Jika kita tidak percaya   pada alam ghaib, gugurlah kita sebagai orang islam.
 
Kita kena letak no1 pegangan nabi. Kita kena beriman pada alam ghaib dan tidak boleh ada keraguan. Kekayaan yang sebenar adalah kekayaan membawa bekalan ke dunia akhirat.
 
Dalam surah Al-Imran, Allah ada berfirman mengapa kita   diberi balasan sama ada syurga atau neraka. Hendaklah kita takut kepada Allah S.W.T. Kita harus takut berjumpa dengan Allah S.W.T. Ingatlah kita bahawa kita akan diperhatikan amalan kita walaupun sebesar zarah semasa di hari akhirat.
 
Oleh itu dalam kehidupan seharian kita, kita kena ingat Allah  sentiasa. Bahkan  dalam kita berketawa hendaklah kita ingat Allah S.W.T. Hendaklah kita perbanyakkan ingatan pada mati. Apabila kita tengok seseorang itu terlampau seronok, hendaklah kita ingat orang itu pasal mati.
 
 Ingatlah pada hari-hari kita berjalan di atas bumi, bumi berkata pada kita. Ingatlah pada kubur kerana disitulah kita akan ditempatkan setelah kita mati. Apabila orang yang beriman itu mati, kubur akan mempersilakan orang beriman itu dan tidak akan disiksa.
 
Tidak ada ucapan selamat kepada orang yang tidak beriman - kata kubur pada orang mati.
 
Segala ketentuan kita berbalik pada kepada amalan kita di dunia . Hanya amalan sahajalah yang menyelamatkan kita. Ingatlah kubur adalah tempat permulaan. Apabila selamat di  kubur, selamat di alam mahsyar. Oleh yang demikian, kita kena ikut apa yang Rasulullah S.A.W. Hendaklah kita jangan berlaku zalim dam jaga sifat kita.
 
Apabila seseorang itu hendak mati hendaklah kita talkin. Bertalkin bermaksud mengajarnya bershadah. Apabila kita bershahadah , baru boleh masuk syurga. Oleh yang demikian , hendaklah kita pikir apa yang hendak dibawa pada hari akhirat.
 
Kita kena beriman kepada Allah dan Rasul. Azab kubur amat siksa. Kita kena ingat Allah sampai mati. Dan kita hendaklah percaya kepada alam ghaib.   Wassalam
Last Updated ( Sunday, 09 November 2008 )
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 1 - 4 of 61